Thursday, August 5, 2010

11 hikmah puasa di bulan ramadhan



1. 1. Ketibaan ranadhan, umat islam di seluruh pelusuk dunia, serentak mengerjakan ibadah puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

2. 2. Dengan berpuasa,seluruh umat islam akan merasakan ujian yang sama tidak kiralah mereka kaya atau miskin,berpangkat atau tidak. Berpuasa juga menimbulkan keinsafan dalam diri dan sifat kasih mengasihani.

3. 3. Melahirkan jiwa yang taat kepada Allah SWT ,ketenagan dengan melakukan pelbagai ibdah sunat dibulan ramadhan yang dijanjikan banyk pahala.

4. 4. Dari segi kesihatan juga, berpuasa dapat memantu perut kita yang selalu memproses makanan, dapat menajalan kan aktiviti pembersihan selain daripada mengatasi penyakit dalam tubuh badan manusia.

5. 5. Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.

6. 6. Orang yang berpuasa disayangi AllahSWT, dihindari dari api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil mereka.

7. 7. Kedatangn bulan ramadhan juga istimewa kerana kita disunatkan mengerjakan solat sunat terawih yang hanya “dijumpai” di bulan ramadhan sahaja. Dan diwajip kan supaya melaksanakan zakat fitrah keatas golongn yang mampu bg membantu golongn yang daif.

8. 8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimaman, mengahrap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu”


9.9. 9. Datangnya bulan ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

10.10. Malam nuzul Al-Quran (17 ramadhan) merupakan saat yang penting dimana Al-Quran diturunkan di dunia untuk menjadi pedoman manusa hingga ke akhir zaman.

11. 11. Terdapatnya juga malam Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang padanya terdapat penuh keberkatan yang menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT..

Wallahu’alam….

No comments:

Post a Comment